Latar belakang Mahayana dan Hinayana Hinayana

Antara abad 1 SM hingga 1 M, kedua istilah Mahayana dan Hinayana muncul di Sutera saddharma Lotus atau "Sutra Teratai Ajaran Kebajikan". Kira-kira abad ke-2 M, Mahayana ditakrifkan secara jelas. Nagarjuna mengembangkan falsafah "kekosongan" Mahayana dan membuktikan bahawa segala-galanya adalah "Kosong" dalam buku kecil "Madhyamika-karika". Kira-kira pada abad ke-4, Asanga dan Vasubandhu banyak menulis buku-buku Mahayana. Selepas abad ke-1 M, kaum Mahayana meneguhkan pendiriannya dan selepas istilah Mahayana dan Hinayana mulai dikenal.

Hinayana dan Theravada bukanlah suatu istilah yang sama. Theravada merujuk pada agama Buddha yang masuk ke Sri Lanka menjelang abad ke-3 SM di saat belum ada Mahayana di masa itu. Aliran Hinayana dibangunkan di India dan terlepas kewujudan dari aliran agama Buddha yang ada di Sri Lanka. Masa sekarang tidak ada lagi aliran Hinayana di belahan dunia manapun. Oleh kerana itu, pada tahun 1950 World Fellowship of Buddhists yang dibentuk di Colombo secara mutlak memutuskan bahawa istilah Hinaya harus dikeluarkan bila merujuk pada agama Buddha yang ada sekarang di Sri Lanka, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, dan lain-lain.